Get Mystery Box with random crypto!

#Berita | PROGRAM IHYA’ RAMADAN DAN PENYERAHAN KUTIPAN TABUNG | Aman Palestin Berhad 🇵🇸

#Berita | PROGRAM IHYA’ RAMADAN DAN PENYERAHAN KUTIPAN TABUNG AMAN PALESTIN

Pada 9 APRIL 2023 bersamaan 18 RAMADAN 1444H telah berlangsung Program Ihya’ Ramadan dan penyerahan kutipan tabung Kemanusiaan Palestin di Ballroom Rafflesia, Hotel Promenade, Kota Kinabalu yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) dengan kerjasama Aman Palestin yang disempurnakan oleh wakil Ketua Menteri Sabah iaitu YB Datuk Hj.Ruslan Bin Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.

Antara program yang dijalankan iaitu penyerahan bantuan kepada anak-anak yatim dan penyerahan kutipan tabung kemanusiaan kepada Aman Palestin Cawangan Sabah serta majlis berbuka puasa bersama-sama.

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#BangkitBerjuangBersama