Get Mystery Box with random crypto!

#korbandibumianbia | GERAK KERJA IBADAH KORBAN DI GAZA SUDAH B | Aman Palestin Berhad 🇵🇸

#korbandibumianbia | GERAK KERJA IBADAH KORBAN DI GAZA SUDAH BERMULA

Alhamdulillah, staf Aman Palestin (Pejabat Palestin) sudah memulakan langkah untuk pelaksanaan ibadah korban dengan berkunjung ke tapak pelaksanaan korban Isnin minggu lalu untuk memastikan beberapa kriteria yang ditetapkan Aman Palestin dipenuhi.

Aman Palestin menetapkan kriteria:

Memilih haiwan yang sihat dan terbaik yang boleh memberikan daging yang berkualiti tinggi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Pertanian Palestin
Melihat kebersihan kandang dan tempat sembelih4n untuk memastikan kebersihan daging yang disediakan selamat dan bersih
Kunjungan turut disertai pakar veterinar bagi memastikan haiwan korban yang dipilih tidak terjangkit dengan penyakit dan boleh dijadikan haiwan korban

Jom sertai ibadah korban di Palestin!

IBADAH KORBAN TANDA KASIH

===============

IBADAH KORBAN DI BUMI ANBIA
https://bit.ly/korbandibumianbia2023

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#BangkitBerjuangBersama