Get Mystery Box with random crypto!

#MisiKorbanLubnan | AKKAR, DAERAH TERMISKIN YANG DIABAIKAN. | Aman Palestin Berhad 🇵🇸

#MisiKorbanLubnan | AKKAR, DAERAH TERMISKIN YANG DIABAIKAN.

Perjalanan ke bumi Akkar mengambil masa tidak kurang 3 jam dari tempat penginapan kami di wilayah Chtoura, Bekaa. Akkar terletak di utara Lubnan dan Lautan Mediterranean merupakan pemisah sempadan barat. Geografi nya yang berbukit yang berhampiran dengan persempadanan negara Syria telah menangkap mata kami. Disamping, kehidupan ekonomi mereka yang utama adalah pertanian, yang kebanyakkannya adalah penanaman buah zaitun dan pertanian yang lain.

Majoriti penduduk Akkar, beragama Islam Sunni dan Akkar merupakan wilayah termiskin di Lubnan dan mengalami kekurangan infrastruktur dan perkhidmatan asas. Kemasukan pelarian Syria baru-baru ini telah memburukkan lagi masalah ini.

Alhamdulillah, perjalanan yang agak lama, merentasi beberapa wilayah utama di Lubnan, tidak mematahkan semangat kami untuk terus bekerja. Persinggahan pertama kami seusai sampai di Akkar, adalah melawat proses penyembelihan. Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan. Pengagihan kami bermula pada jam 2.00 petang dan diagihkan di 3 kem utama di sekitar Mhamra. Antaranya adalah Kem Abu Safa, Kem Bakhas dan Kem Abu Ghasan. Sebanyak 360 bungkusan daging telah diagihkan dengan anggaran seramai 1800 penerima manfaat, dari 360 buah keluarga.

Informasi tambahan, berdasarkan kajian dari The Tahrir Instirute For Middle East Policy, kejatuhan nilai matawang Lubnan sehingga 93% di pasaran pertukaran wang adalah impak dari krisis kewangan Lubnan dan seterusnya meletakkan pelarian Syria dalam kondisi yang teruk. Buruh kanak-kanak dalam kalangan pelarian Syria di Lubnan meningkat lebih dua kali ganda pada 2021 daripada 2019. Sumber, https://timep.org/2022/07/27/improving-the-education-of-syrian-refugees-in-akkar/ .

Nabilah Ibrahim
Peserta Misi Ibadah Korban Aman Palestin ke Lubnan (Pelarian Syria)

#AmanPalestin