Get Mystery Box with random crypto!

#misikorbanlubnan | MENGUBAH SUDUT PANDANG MELALUI PERJALANAN | Aman Palestin Berhad 🇵🇸

#misikorbanlubnan | MENGUBAH SUDUT PANDANG MELALUI PERJALANAN MISI

Alhamdulillah, setelah seminggu mengikuti misi di kem pelarian Palestin membuatkan saya rasa bersyukur atas nikmat-nikmat yang dikecapi selama ini. Walaupun sudah 3 generasi rakyat Palestin menjadi pelarian di bumi Lubnan, tetapi nasib mereka masih belum terbela kerana taraf sebagai pelarian menyukarkan mereka untuk belajar ke peringkat tinggi.

Ini menyukarkan mereka untuk mengubah nasib. Satu perkara yang membuatkan saya teruja, meskipun hidup dalam kesukaran namun itu melemahkam semangat untuk berjuang dan berimpian untuk kembali ke tanah air mereka. Semoga cita-cita mereka tercapai satu masa nanti apabila bumi Palestin berjaya dibebaskan sepenuhnya.

Ahmad Muntaha
Ketua Misi Ibadah Korban Aman Palestin ke Lubnan (Pelarian Palestin) 2023

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#BangkitBerjuangBersama