Get Mystery Box with random crypto!

#misikorbanyaman | SALAM DAN TERIMA KASIH DARIPADA WARGA YAMAN | Aman Palestin Berhad 🇵🇸

#misikorbanyaman | SALAM DAN TERIMA KASIH DARIPADA WARGA YAMAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana telah memberikan ruang dan peluang untuk kami merasai sendiri suasana Korban di bumi Anbiya khususnya di negara Yaman ini. Alhamdulillah kami telah selamat pergi dan selamat pulang. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan.

Ingin kami sampaikan ucapan terima kasih dari pelarian-pelarian dan golongan asnaf di Yaman. Mereka sangat bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan yang telah diberikan kepada mereka. Mereka mendoakan kita agar senantiasa dibawah pemeliharaan Allah dan diberikan balasan yang baik di dunia dan akhirat.

Kami dikesempatan ini juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penyumbang Aman Palestin khususnya mereka yang telah menyertai Korban di Yaman, Alhamdulillah korban anda semua telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Nik Zainal Peei
Ketua Misi Ibadah Korban Aman Palestin ke Yaman 2023

#AmanPalestin
#JomMenyumbang