Get Mystery Box with random crypto!

DI SEBALIK KEPAHITAN EKONOMI ADA MANISNYA PELABURAN. Selamat | Dato Dr Nazri Khan DDNK (Official)

DI SEBALIK KEPAHITAN EKONOMI ADA MANISNYA PELABURAN.

Selamat datang tahun sukar 2023. Macam mana? Sudah bersedia untuk melayari tahun baharu?

Maaflah posting tahun baru tidak begitu positif tetapi tulah hakikatnya. Ekonomi dunia dan Malaysia di jangka perlu mengharungi jalan berliku tahun hadapan.

Mahu tidak mahu kita perlu kuatkan semangat untuk harungi tempoh 365 hari yang akan datang.

Kita kena melangkah masuk tahun 2023 dengan penuh berhati-hati dan persediaan kewangan yang baik sebab penunjuk ekonomi memperlihatkan realiti agak malap.

Kita mungkin tidak mampu mengawal ekonomi dunia atau mengubah hala tuju ekonomi negara, tetapi kita mampu siapkan diri sendiri dengan pelbagai ilmu dan perisai yang perlu - seperti simpanan tunai dan pelaburan yang menguntungkan – bagi hadapi cabaran ekonomi.

Tak perlu tunggu tahun hadapan, kini kita pun sudah terasa dengan kesan dari harga barangan yang naik, implikasi terhadap kenaikkan pinjaman kita dan banyak lagi.

Ada yang cakap, ekonomi teruk macam mana nak melabur malah saham saham tengah merudum. Ingat, saham bukan ekonomi tapi psikologi. Ada ketika ekonomi bagus, saham jatuh. Ada kala ekonomi teruk saham naik.

Kita perlu ingat setiap berlakunya krisis akan adanya peluang !

DDNK bukanlah Superman mampu selamatkan dunia tetapi dari pengalaman DDNK dalam dunia perbankan, seorang economist sebelum ini dan dunia pelaburan mungkin dapat membantu anda menguruskan kewangan lebih baik terutama jika anda ingin tingkatkan pendapatan.

Kami membuka peluang kepada anda untuk sesi terakhir 2022 dalam Kelas Saham Online pada 3 & 17 Disember 2022.

Anda zero atau kosong pasal saham tapi dah lama nak belajar gandakan wang inilah peluang anda untuk belajar saham perlahan-lahan.

Kami tidak menjanjikan pendapatan palsu tapi kami yakin dengan adanya ilmu yang anda tingkatkan insyaallah akan tingkatkan kewangan anda.

Tak cukup dengan itu, kami sediakan juga mentoring pada waktu malam 100% Percuma. Kami & DDNK tunjukkan terus step by step macam mana nak cari saham potensi, macam mana nak beli dan jual diwaktu pasaran US dibuka.

Dapatkan tiket & link percuma anda sekarang di www.menangsaham.com sekarang!

Orang cakap belajar percuma tak dapat apa apa kan? Belajar online susah kan? Semak di komen kami kongsikan mereka yang yang hadir & belajar secara online.

Moga bermanfaat !

#DDNKPRIVATECLUB