2021-10-03 17:38:42
Telegram.me/hijrahpendosa
Bukan semua orang suka kita tatkala kita lakukan pelbagai perkara baik dalam kehidupan, apatah lagi jika kita lakukan kesalahan. walhal kita telah pun berusaha buat macam-macam untuk menangi hati orang lain.
Malangnya tiada respon yang positif,bahkan adakalanya menimbulkan prasangka yang negatif.
Hingga sampai satu tahap dunia ini dirasakan tidak adil dan ketidakadilan itu terjadi pada diri kita.
Percayalah semua ini hanyalah ujian buat kita. Bukankah kita hidup didunia adalah untuk diuji.
Ujian itu tidak akan ada hentinya, selagi kita masih hidup selagi itulah kita akan diuji. Jadi bersyukurlah kerana ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah.
Jadi, mengapa kita perlu mencemuh jika kita tidak disukai orang lain?
56 viewsjaa, 14:38