Get Mystery Box with random crypto!

cara mudah bangun malam untuk solat tahajud 1 . hal yang pali | Lifeless 🥀

cara mudah bangun malam untuk solat tahajud

1 . hal yang paling utama agar boleh bangun malam adalah minta tolong kepada Allah SWT dengan berdoa sebelum tidur . jika sudah terjaga daripada tidur maka cepat-cepat bangun .

2 . tidur lebih awal , jangan biasakan tidur lewat yang menyebabkan sukar nak bangun tahajud , selewat-lewatnya jam 11 malam .

3 . ketahui jadual tidur anda setiap malam , dengan begitu anda boleh menentukan jam malam anda untuk tidur sesuai dengan keinginan anda mau bangun jam berapa pun , untuk mengetahuinya cubalah uji dengan tidur lebih awal , kemudian pasang jam locing dengan waktu 4 pagi jika terjaga cuba bangun dan mulakan solat 2 rakaat dulu .

4 . berwuduk , membaca Al Quran sebelum tidur dan gunakan adab-adab dan cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW .

5 . jangan makan terlalu banyak sebelum tidur , kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud .

ini adalah beberapa cara yang boleh anda cuba lakukan agar mudah bangun malam. semoga tips cara mudah bangun malam untuk solat Tahajud di atas boleh bermanfaat bagi anda semua .

@lifelesstory .