Get Mystery Box with random crypto!

sometimes aku rasa lebih baik aku hidup mcm ni , hidup sendiri | Lifeless 🥀

sometimes aku rasa lebih baik aku hidup mcm ni , hidup sendiri , buat hal sendiri dan tidak perlu menjaga hati sesiapa . hidup di dunia sendiri , tanpa sleepcall tanpa bertanya khabar tentang sesiapa . sunyi ? yes ofc tpi buat masa sekarang aku buat semua ni untuk hati aku . mungkin ini jalan terbaik iaitu sembuh tanpa libatkan orang baru . cukuplah masa laluku sahaja yang menyaksikan bertapa murahnya aku mengemis kasih sayang seorang lelaki yang dihatinya tiada lagi ruang untuk aku . cukuplah masalalu ku sahaja menyaksikan musnahnya aku dihari itu , cukup masalalu ku sahaja yang melihat tangisan ku yang kejam itu dan cukup masa laluku sahaja menjadi bukti betapa bodohnya aku dalam percintaan . sejak dari itu , aku sedar bahawa lelaki bukan segalanya . kadang kadang selepas jatuh disudut yang paling dalam akan mengajar aku erti bangun tanpa mengharapkan bantuan sesiapa , kadang kadang kejatuhan itu dapat membuktikan siapa yang akan menghulurkan tangan saat aku jatuh disitu lah membuktikan segalanya . untuk si dia terima kasih , aku tidak pernah membencimu . terima kasih juga untuk luka yang mendalam ini , kerna tanpa luka yang kau torehkan aku tidak akan menjadi seperti aku yang sekarang . mungkin ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuhkan luka ini , tetapi tidak mengapa mungkin ini boleh dijadikan sebagai pengorbanan terbesar aku untuk melihat kau bahagia . walaupun yang menemani hari hariku selepas pemergianmu hanyalah sebuah tangisan . dari situ aku sedar bahawa yang akan selalu bersamaku adalah diri aku sendiri . walau dalam apa jua keadaan diri aku juga yang akan menemaniku , sedihku dan bahagiaku semua dengan diri aku . walaupun semua ni tak semudah yang disangkakan tapi ini adalah yang terbaik . aku perlu sedar satu perkara , jadikan perkara lepas sebagai satu pengajaran dalam diri aku untuk tidak mudah percaya tentang cinta . forgive yes forget no . tak semua trauma boleh disembuhkan dengan healing .