Get Mystery Box with random crypto!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Semoga semua dalam kea | Ilmu Simpan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera di dalam tempoh PKP 3.0.

Sedikit perkongsian berkenaan emas. Semoga bermanfaat kepada semua.

Emas dimiliki oleh pemilik sepenuhnya

1. Seorang pakar kewangan, Azizi Ali dalam bukunya Masa Untuk Emas, sebut emas 'stand alone', tidak terikat dengan sesiapa.

2. Semua aset akan terikat kepada sesuatu, seseorang atau beberapa sistem.

3. Sebagai contoh, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. Bon terikat kepada prestasi penerbitnya. Bahkan wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan.

4. Tetapi emas berdiri sendiri kerana tidak terikat kepada aset kewangan Iain. la tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem. Jadi ia adalah wang dalam dirinya sendiri

5. Emas tidak perlu sebarang Iaporan atau geran pegangan. Jadi, jika anda tidak memberitahu, tak seorang pun akan tahu berapa banyak atau adakah anda mempunyai emas.

6. Emas dapat dimiliki sepenuhnya dalam erti sebenarnya. lni tidak berlaku dengan beberapa pelaburan seperti hartanah.

7. Anda mungkin ingat anda memiliki hartanah, tapi cuba anda tidak bayar cukai tanah untuk beberapa tahun, dan anda akan dapati siapa sebenarnya yang memiliki hartanah itu. Iaitu Kerajaan!

Sharing is caring...