Get Mystery Box with random crypto!

PENYIMPAN VS PELABUR Ada 2 posisi dalam pembelian emas fizika | Ilmu Simpan Emas

PENYIMPAN VS PELABUR

Ada 2 posisi dalam pembelian emas fizikal yang kita perlu tahu iaitu:

1. Penyimpan emas
2. Pelabur emas

1. Penyimpan Emas

Mereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal.

Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan.

Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Bawa emas ke Arrahnu digadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 80% dari nilai semasa.

Antara ciri penyimpan emas adalah:

Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja.

Emas sebagai simpanan jangka masa panjang

Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun. RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun akan datang takkan sama kuasa beli.

Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas makin merosot!

Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas menyebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.

Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas.

Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai kekayaan”.