Get Mystery Box with random crypto!

KENAPA SIMPAN EMAS Antara sebab kita perlu simpan emas adalah | Ilmu Simpan Emas

KENAPA SIMPAN EMAS

Antara sebab kita perlu simpan emas adalah kegunaan di masa kecemasan kerana emas kalis inflasi. Tambahan dikala Pandemik dan kegawatan ekonomi.

Jadi wajib beli ke emas ni setiap bulan sebagai simpanan. Yang penting ikut bajet.

Jangan guna duit untuk kegunaan harian atau keperluan wajib setiap bulan pulak untuk beli emas kerana dah nama simpanan.

Simpanan itu mestilah lebihan daripada duit kita.

Jadi tak wajib pun. Harus je.

Bergantung pada tujuan kita beli emas untuk apa.

Kalau memang nak beli emas setiap bulan sebagai simpanan jangka masa panjang, sangat-sangat digalakkan.

Tetapi kalau beli emas untuk dapatkan dividen tahunan, emas bukanlah platform pelaburan untuk anda sebab emas memang tidak berikan dividen.

Emas adalah capital gain. Iaitu kita beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Dan biasanya orang beli dan simpan emas ini untuk tempoh jangka masa panjang dalam 5-10 tahun.

Semoga bermanfaat...

Sharing is caring...