Get Mystery Box with random crypto!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sedikit perkongsian Il | Ilmu Simpan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sedikit perkongsian Ilmu tentang Emas untuk semua.

Kategori Pembeli Emas

Untuk pengetahuan semua secara asasnya pembeli emas ini ada 3 kategori utama:

1. Pelabur
2. Peniaga
3. Penyimpan


Pelabur
Jadi seorang pelabur emas bukanlah mudah seperti yang dijangka. Bukan sekadar beli emas dan simpan saja.

Ilmu asas sebagai seorang pelabur emas perlu diambil tahu. Ilmu asas tu ialah Analisis Teknikal Harga Emas dan Fundamental.

Jika ilmu asas ini tidak mahir jangan letakkan diri diposisi sebagai pelabur emas.

Sebabnya bila tidak mahir ilmu ini, seseorang itu tidak tahu dimana harga terbaik untuk beli dan jual emas.

Dan bagi seorang pelabur emas bukan gram emas yang menjadi target utama, tapi keuntungan dari sudut pertambahan RM yang menjadi target utama.

Peniaga Emas
Peniaga emas ini ada banyak cara. Ada yang berniaga dengan cara dapat untung runcit (beli stok dan jual semula) atau berniaga dengan jadi seorang dealer atau wakil di sesebuah syarikat emas.

Peniaga emas dapat untung dari hasil jualan produk secara asasnya. Gunakan emas sebagai alat untuk berniaga. Dan biasanya mereka ada stok emas dan ada duit untung hasil daripada berniaga.

Gram emas mereka biasanya bertambah malah untung niaga (RM) juga bertambah.

Penyimpan
Bagi penyimpan emas target utama haruslah kepada pertambahan gram.

Daripada 1gram jadi 2gram, dari 2gram jadi 3gram dan seterusnya.

"MindSet" penyimpan emas sepatutnya, bila ada duit lebih WAJIB tambahkan gram emas.

Naik turun harga emas bukan fokus utama tapi fokus utama adalah jumlah gram. Harga tinggi atau rendah tetap akan beli untuk menambah gram emas.

Dalam ketiga - tiga kategori ini penyimpan emas juga yang tetap terbaik.

Salah satu sebabnya emas mereka semakin bertambah banyak secara konsisten dan emosi mereka tidak terganggu dengan naik turun harga emas.

Yang mereka tahu "EMAS AKU BANYAK" bermaksud kekayaan kekal dan banyak dalam bentuk emas.

Jadi kenal pasti kategori anda masing - masing sebagai langkah terbaik bagi menyimpan emas.

Sharing is caring...