Get Mystery Box with random crypto!

‘Antara Duit & Emas, yang mana bagus untuk disimpan?’ Ini ant | Ilmu Simpan Emas

‘Antara Duit & Emas, yang mana bagus untuk disimpan?’

Ini antara contoh soalan pelanggan saya. Pertama sekali bila sebut perkataan bagus, ianya subjektif. Mungkin Bagus untuk kita dan mungkin tidak Bagus untuk dia.

Jadi sebenarnya bukan soal bagus atau tidak tetapi soal sesuai atau tidak dengan kita.

Kawan-kawan

Kita tahu sifat duit.

Ada RM50, habis.
Ada RM100, habis.
Ada RM500, habis.
Ada RM1000 pun boleh habis.

Bukan kita tidak cuba simpan tetapi sebelum nak simpan anehnya duit itu habis.

Kenapa?

Sifat duit untuk dibelanjakan. Jadi kita ada duit RM10 sekalipun, pasti kita akan guna untuk berbelanja.

Bukan simpan duit itu tidak bagus, sebenarnya kita yang kurang sabar.

Simpan RM1, kita cakap bila nak penuh.
Simpan RM10, kita cakap lambat kaya.
Simpan RM100 pula, kita cakap nantilah simpan.

Akhirnya kita stop menyimpan duit dan guna sahaja duit tersebut. Tidak cukup dengan ATM kita, habis duit dalam tabung kita manfaatkan sehingga licin.

Kawan-kawan,

Ada orang memang dah cuba simpan duit bertahun lamanya tetapi tak pernah berjaya tapi bila cuba simpan emas pula nampak banyak perubahan Positive.

Ada orang memang tak pernah kisah ada simpanan duit atau tidak tapi bila dihidangkan dengan emas, beliau mula fikir tentang simpanan.

Ada orang sememangnya boros. Jadi ubatnya adalah simpan Emas. Itu sahaja yang beliau Boleh lakukan.

Ada orang tak pernah terfikir tentang simpanan emas. Mereka tidak pernah rasa nak cuba pun.

Jadi sebenarnya simpan duit tidak salah cuma apabila simpan duit kita mudah terguna dan akhirnya kita salahkan majikan & orang sekeliling kita. Paling mudah, kita salahkan kerajaan. Ehhh

Kawan-kawan,

Jika kita asyik bandingkan kaedah simpanan itu dan ini, akhirnya kita juga yang tiada simpanan. Bila berlakunya kecemasan, kita mula mencari dan tercari-cari.

Langkah terbaik ialah simpan sahaja duit. Yang penting kita simpan. Tak pernah berjaya? Mudah sahaja, tukar kepada simpan emas.
Mudah kan?
Mahu atau tidak sahaja...

Sharing is caring...