Get Mystery Box with random crypto!

F U N G S I E M A S Emas adalah duit sejak beribu tahun dahu | Ilmu Simpan Emas

F U N G S I E M A S

Emas adalah duit sejak beribu tahun dahulu, sejarah telah membuktikan bahawa emas bernilai dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Hari ini ramai yang anggap emas adalah aset pelaburan, ianya disebabkan oleh faktor duit kertas yang telah menggantikan fungsi emas dalam transaksi jual beli seharian kita.

Saya kongsikan beberapa fungsi emas dalam kehidupan kita seharian;

1. Duit simpanan; simpan duit di bank susah tapi jika simpan duit dalam bentuk emas sangat senang. Nak kumpul RM10,000 duit tunai susah tapi nak kumpul 40 gram emas sangat senang.

2. Aset pelaburan; harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang, banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan harga emas pada masa akan datang. Diantaranya adalah ketidakstabilan ekonomi dan kejatuhan nilai matawang MYR.

3. Dana kecemasan; duit yang disimpan dalam bentuk emas susah untuk bocor (dibelanjakan), ramai yang simpan duit gagal disebabkan oleh godaan banyak nombor dalam akaun bank. Nafsu belanja terus hilang bila simpan emas sebab semua nombor dalam akaun bank tersebut dah jadi gram emas.

4. Modal perniagaan; emas boleh dijadikan aset syarikat dan modal pusingan bila diperlukan. Bila harga emas naik, nilai aset syarikat pun bertambah. Bila syarikat perlukan dana untuk kembangkan perniagaan, emas boleh dijual atau digadai untuk dapatkan duit tunai segera.

5. Dana persaraan; emas adalah simpanan untuk jangkamasa panjang. Statistik membuktikan harga emas boleh naik sehingga 700% dalam masa 20 tahun, purata 35% setahun. Satu simpanan yang menjadi pelaburan dalam masa yang sama.

6. Dana pendidikan anak-anak; emas juga boleh dijadikan dana pendidikan anak bermula dari umur 1 bulan. Ibu bapa boleh mula simpan satu gram satu bulan emas sehingga anak berumur 18 tahun, jumlah simpanan boleh mencecah 216 gram bersamaan dengan ±RM57,000 hari ini.

Diatas adalah fungsi emas yang kita boleh tulis diatas kertas, ada juga fungsi emas yang kita tak sedar ianya banyak membantu kita dalam membina kewangan kita pada masa depan.

Fungsi emas yang ramai tak sedar adalah ianya memupuk tabiat menyimpan secara berdisiplin dan membuang penyakit boros. Sedar tak sedar kita mampu menilai setiap sen perbelanjaan kita kepada perkara keperluan sahaja.

Jadikan emas sebagai alat untuk mencapai matlamat kewangan kita pada masa depan. Mulakan dengan 1 gram pertama, insyaallah gram yang seterusnya akan jadi lebih mudah.

Selamat mencuba.

Sharing is caring...