Get Mystery Box with random crypto!

Pernahkah kita terfikir, kebahagiaan yang dikecapi oleh kanak- | Root Of Science

Pernahkah kita terfikir, kebahagiaan yang dikecapi oleh kanak-kanak yang suci murni, bergelak ketawa, berlari kesana kemari, menjerit gembira boleh musnah sekelip mata oleh individu yang dikenali dengan gelaran PEDOFILIA.

Bagi mereka yang tak tahu atau baru pertama kali dengar, Pedofilia ini adalah pemangsa seksual dan mangsa mereka adalah kanak-kanak. Mereka bertindak sama ada secara paksa atau dengan ‘sexual grooming’ sehingga mangsa merasakan tindakan pemangsa adalah normal. Gila!

Bayangkan anak yang kita asuh, jaga mata daripada lihat benda-benda yang tak senonoh di televisyen, tiap-tiap malam kita ajar mereka membaca al-quran, hantar ke tadika untuk belajar adab, belajar baca doa. Datang pedofilia habis semua itu dibakul sampahkan. Rosak kanak-kanak. Rosak anak-anak kita!

Untuk pengetahuan kita,pada tahun 2016, Malaysia berada di kedudukan ketiga teratas memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak.[1]

Kami di Root of Science juga ada menulis tentang kajian hubung kait pornografi kanak-kanak dan juga pedofilia.[2]

Statistik terbaru yang dikeluarkan bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, jumlah kes meningkat sebanyak 20.3 % bagi tempoh 6 bulan terakhir 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.[3]

Daripada statistik itu, 326 kes dicatatkan bermula Julai hingga Disember 2018. Kanak-kanak yang berusia antara 13 hingga 15 adalah mangsa paling ramai. Dan yang lebih menyayat hati, ada mangsa berusia 9 bulan menemui ajalnya akibat kerakusan si . Iblis yang bertopeng manusia ini! [4]

Statistik 2018 menunjukkan 78.4 % daripada 639 kes Pedofilia itu dilakukan oleh orang yang DIKENALI! [5]. Antaranya termasuklah bapa kandung, bapa saudara, bapa tiri, sepupu, datuk, teman lelaki ibu, malah guru. Harapkan manusia yang jaga anak-anak kita, rupanya lebih dahsyat daripada binatang buas!

Ada kes bapa berusia 37 tahun merogol anak kandungnya berusia 10 tahun sejak tahun 2017. Ada kes bayi 11 bulan maut dirogol dan diliwat oleh suami pengasuh. Ada pemangsa yang sanggup meliwat anak sendiri berumur 15 tahun bermula tahun 2015 walaupun dalam bulan Ramadhan yang mulia.[6] Banyak lagi kes yang tak sanggup saya nak tulis. Rasa geram, marah, sedih, bimbang, risau, kecewa – semuanya bercampur-baur!.

Saya menulis artikel ini sambil memandang anak perempuan saya yang akan memasuki usia setahun minggu ini. Bergenang air mata, rasa sempit di dada, tak tahu nak cakap bagai mana. Terimbau kenangan manis seawal dia dilahirkan tetapi dalam masa yang rasa takut dengan dunia realiti yang bakal dihadapinya masa depan.

Justeru, kami barisan admin Root of Science sepakat mengambil langkah proaktif bagi membantu ibu-bapa melindungi anak-anak dengan membekalkan ilmu pendidikan seksualiti. Bagaimana untuk mencegah sebelum terjadi. Bagaimana kita mahu mendidik anak-anak supaya tidak menjadi mangsa atau mereka terjerumus menjadi pemangsa. Nauzubillah!

Mohon SHARE dan TAG pasangan dan kenalan anda,
sama-sama kita lindungi mereka yang tercinta. Anak-anak adalah masa depan kita.

Tekan Link di bawah untuk sertai Seminar Pendidikan Seksualiti Kanak-Kanak: ‘Badan Saya Kepunyaan Saya’ yang akan disampaikan oleh Dr. Faiza Tohit, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Islam Antarabangsa

http://bit.ly/badansayakepunyaansaya
http://bit.ly/badansayakepunyaansaya
http://bit.ly/badansayakepunyaansaya

Rujukan:
[1] https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/26/malaysia-ranks-third-in-the-world-for-child-porn-violations
[2] https://rootofscience.com/blog/2019/umum/penyebab-pedofilia-apakah-penggemar-pornografi-kanak-kanak-berpotensi-menjadi-penjenayah-pedofilia/
[3] [4] [5] [6] https://www.sinarharian.com.my/article/22332/SIASAT/Jenayah-pedofilia-makin-membimbangkan