Get Mystery Box with random crypto!

Tanpa krew, tanpa kamera, tanpa buat live, brother Azwan Omar | 𝑺𝒉𝒂𝒉𝒓𝒊𝒍 𝑺𝒕𝒓𝒂𝒕𝒆𝒈𝒚 ✍️ Socmed Content Creator

Tanpa krew, tanpa kamera, tanpa buat live, brother Azwan Omar terus je start kereta Viva dia bertolak dari Melaka ke Shah Alam untuk bantu mangsa banjir.

Berbekalkan Wang RM50 dan sebuah bot dia bergerak solo membantu mangsa seorang demi seorang. Katanya RM20 untuk minyak bot dan RM30 untuk beli roti dan minuman buat alas perut.

Malah bot itu jugalah menjadi tempat dia tidur selama misi bantuan yang dilakukan. Semuanya dilakukan dengan sifat Ihsan.

Salute aku sama brother ni.

Kalau nak belajar erti ikhlas dan tulus, boleh lah kita pelajari dari brother ni.

Dia bukan orang kaya. Bukan penaung NGO, bukan orang popular. Hanya manusia biasa yang hidup biasa-biasa je.

Sanggup ambil cuti kecemasan hanya kerana nak pergi bantu orang yang dia pun tak kenal.

Setelah bertungkus-lumus di Selangor, dia start kereta pergi ke Pahang pulak. Sambung lagi bantu orang tanpa mengharapkan balasan.

Perasan tak, walau pun asalnya dia hanya ada RM50 sahaja. Tetapi selepas tu ramai je orang sumbang kepada dia untuk misi solonya itu tanpa dipinta.

Kalau Allah nak bagi, macam-macam cara Allah boleh bagi. Takde yang mustahil pun. Yakin tak yakin je.

Semoga Allah balas jasa brother ni dengan Syurga Firdaus tanpa hisab.

Credit FB Penulis :
https://www.facebook.com/100001065685699/posts/4775229262522549/