Get Mystery Box with random crypto!

10 TIP MENJADI INDIVIDU YANG LIKEABLE DAN POPULAR Salah satu | 𝑺𝒉𝒂𝒉𝒓𝒊𝒍 𝑺𝒕𝒓𝒂𝒕𝒆𝒈𝒚 ✍️ Socmed Content Creator

10 TIP MENJADI INDIVIDU YANG LIKEABLE DAN POPULAR

Salah satu ciri orang yang berjaya adalah mereka itu sangat likeable, iaitu sangat mudah disukai.

Orang suka berkenalan dengan mereka, berkawan dengan mereka, dan bekerja dengan mereka. Itu sebab mereka l;ebih cepat naik pangkat, lebih mudah mendapat peluang bisnes, dan lebih mudah mendapat kerjasama.

Supaya diri kita menjadi orang yang very likeable, lakukan ini:

1. Kita bercakap dengan orang lain dengan menggunakan bahasa halus, manis, dan sopan.

2. Kita tunjukkan timbang rasa, sabar, dan memahami situasi orang lain.

3. Kita layan orang dengan menggunakan bahasa yang menunjukkan kita menghormati mereka.

4. Dengan orang-orang yang tidak dikenali pun kita tetap bercakap dengan hormat dan memuliakan mereka.

5. Kita bahasa mereka dengan bahasa 'tuan', 'puan', 'saudara', 'saudari', dan ''cikpuan'.

6. Apabila kita tengok ada orang perlukan bantuan, kita cepat-cepat tawarkan bantuan.

7. Apabila terpaksa minta pertolongan dari orang yang duduk semeja ataupun sebaris dengan kita, minta maaf dahulu kemudian baru minta tolong.

8. Apabila terpaksa meminta kerjasama dari orang yang tidak dikenali ataupun tetamu yang dihormati, kita gunakan perkataan 'mohon' bukan 'tolong' ataupun 'sila'. Perkataan 'tolong' dan 'sila' adalah perkataan arahan.

9. Sentiasa gunakan tangan kanan untuk semua urusan memberi dan menerima.

10. Dalam majlis, apabila terpaksa berjalan dan lalu di depan orang kita minta maaf sambil berjalan sambil tunduk. Kita akan dipandang sebagai nice person.

Credit : Ainon Mohd