2021-03-22 02:25:09
DOA DAN AMALAN DI WAKTU PAGI Sebelum memulakan aktiviti hari ini , mulakan dengan :-
Niat dan Doa
DOA DI PAGI HARI:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا،
وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”
(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)
NIAT"Sahaja aku bekerja dan berniaga kerana Allah Taala. Jadikanlah lisanku, perbuatanku mengerjakan kebajikan setiap saat dan kurniakan pahala serta rezeki melimpah ruah lagi banyak buat kami. Tutupi aib kami dan selamatkan kami dunia akhirat."
Hadiahkan al-fatihah kepada nabi , sahabat dan keluarga baginda.
Hadiahkan Al-fatihah kepada ibu bapa, diri sendiri, suami, anak-anak, kawan-kawan dan semua umat islam.
Selawat dan Istigfar setiap saat (lebih 100x)
Baca Doa Dhuha
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah & jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan & kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Baca Zikir dibawah 100x
1) Ya Mughni - Maha Memberi Kekayaan
2) Ya Ghaniy - Maha Kaya
3) Ya Fattah -Maha Pembuka Rahmat
4) Ya Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
5) Ya Latiff - Maha Lembut terhadap hambaNya
6) Ya Rahman -Maha Pemurah
7) Ya Rahim -Maha Penyayang
8) Ya Wahhab -Maha Pemberi
from - TeamFatehteam
28 views , 23:25