Get Mystery Box with random crypto!

Assalamualaikum...dan salam sejahtera.... Sedikit perkongsian | Ilmu Simpan Emas

Assalamualaikum...dan salam sejahtera....

Sedikit perkongsian...

Ramai tak rasa emas itu penting kerana kita hidup selepas fasa wang fiat digunakan seluas-luasnya. Selepas tahun 1971, emas tidak lagi digunakan sebagai sandaran duit.

Sebelum 1971, duit kita pegang ini hanyalah 'resit' kepada emas. Maksudnya, duit kita ini disandarkan kepada nilaian emas.

Datuk nenek kita dulu biasa kan simpan emas dalam bentuk barang kemas. Masa dulu belum ada lagi emas 24 karat seperti jongkong emas atau dinar emas hari ini. Yang ada emas 18 karat iaitu barang kemas, ketulenan 916.

Nak kata emas ini menjadi budaya masyarakat dahulu, butang baju pun dibuat daripada emas. Malah, gigi palsu pun ada emas!!

Emas dengan orang dulu-dulu memang dekat kerana mereka telah lalui jalan sukar. Mereka lalui zaman pemerintahan yang sentiasa bertukar.

Kerajaan British, kemudian kerajaan Jepun dan diserahkan semula kepada British. Mereka terpaksa miskin 2 - 3 kali kerana duit simpanan mereka jadi nilai 0 apabila setiap kerajaan bertukar.

Kisah yang ada simpanan duit pokok pisang zaman Jepun bila British tawan tanah Melayu, duit pokok pisang tersebut hanya jadi kertas. Layak dibakar api. Ada yang buang duit pokok pisang ke dalam sungai. Hanyut jadi lumut.

Kita tak damba zaman itu kembali, tapi revolusi duit tetap akan berlaku.

Adakah kita dah bertindak? Kalau belum, ayuh bertindaklah sekarang. Saya sayang anda semua. Sebab itu saya kongsikan pesanan ini.

Kredit: Azami