Get Mystery Box with random crypto!

TIPS ITEM EMAS 999 TERBAIK UNTUK DIBELI Kebanyakan orang yang | Ilmu Simpan Emas

TIPS ITEM EMAS 999 TERBAIK UNTUK DIBELI

Kebanyakan orang yang baru nak mula simpan emas tidak pasti item apa yang terbaik untuk dibeli. Persoalan yang biasa bagi penyimpan emas baru. Item emas fizikal ni ada banyak. dari sekecil 1 gram hinggalah 1,000gram.

Untuk memastikan buat pilihan yang betul dan tepat, minta pandangan dari guru-guru emas dan juga banyak membaca buku-buku tentang emas. Haa, ini pun perlu ada ilmu. bukan main beli je. silap haribulan rugi on-the-spot!

Pemilihan item berdasarkan berapa bajet anda nak beli. 2 kriteria asas yang perlu dipertimbangkan;

1- Susut nilai (spread) iaitu beza harga beli dan jual. letakkan sasaran masa nak simpan. guru-guru emas menyarankan simpan emas sekurang-kurangnya 3 tahun. ini menentukan keuntungan. lagi lama anda simpan lagi bagus. Secara puratanya susut nilai emas Public Gold range 4-9%. Lagi besar item, lagi rendah susut nilai.

2- Kecairan untuk mendapat tunai.

Penyimpan emas yang ada bajet kecil disarankan simpan item yang saiz kecil kerana mudah nak jual sikit-sikit. item size kecil ni kecairannya lebih tinggi dan boleh juga dijual kepada orang perseorangan jika dalam keadaan terdesak sebab kemampuan untuk orang beli. antara item kecil yang sangat sesuai disimpan di atas faktor ini seperti

coin 1 dinar (4.25gram)

coin 5 dinar (21.25gram)

Gold Bar Bunga Mas 5gram,10 gram dan 20 gram.

Sebagai penyimpan marhaen, tentunya faktor susut nilai dan kecairan sangat penting sesuai dengan bajet. simpan emas bukan untuk disimpan selama-lamanya, sampai masa memang untuk digunakan ketika perlu.

Bagi yang ada bajet T20 boleh je beli item yang besar seperti Coin 10 Dinar, goldbar 50g, 100g dan 250g sebab lagi besar item, lagi rendah susut nilai dan lagi cepat untung!

Apa-apa pun, menyimpan emas ni ukur baju badan sendiri. ikut kemampuan kewangan masing-masing. berapa banyak anda simpan tak penting, yang penting anda menyimpan untuk kesenangan hari susah.

Selalu dengar guru-guru emas cakap Orang yang ada duit belum tentu ada simpanan emas, tapi orang yang ada simpanan emas sudah pasti ianya ada duit.

Sharing is caring...