Get Mystery Box with random crypto!

Ilmu Simpan Emas

டெலிகிராம் சேனலின் சின்னம் publicglodinfo — Ilmu Simpan Emas I
டெலிகிராம் சேனலின் சின்னம் publicglodinfo — Ilmu Simpan Emas
சேனல் முகவரி: @publicglodinfo
வகைகள்: விற்பனை
மொழி: தமிழ்
சந்தாதாரர்கள்: 1.04K
சேனலில் இருந்து விளக்கம்

As salam & slmt sejahtera..tuan/puan
Mohon share channel ini kpd semua. Tujuan channel ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips tentang simpanan emas. Masih ramai yang kurang kesedaran tentang kelebihan menyimpan emas.
Semoga bermanfaat. Tq

Ratings & Reviews

2.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

1

1 stars

1


சமீபத்திய செய்திகள் 4

2021-06-15 03:23:41 PENYIMPAN VS PELABUR

Ada 2 posisi dalam pembelian emas fizikal yang kita perlu tahu iaitu:

1. Penyimpan emas
2. Pelabur emas

1. Penyimpan Emas

Mereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal.

Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan.

Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Bawa emas ke Arrahnu digadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 80% dari nilai semasa.

Antara ciri penyimpan emas adalah:

Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja.

Emas sebagai simpanan jangka masa panjang

Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun. RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun akan datang takkan sama kuasa beli.

Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas makin merosot!

Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas menyebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.

Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas.

Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai kekayaan”.
106 views00:23
திற / கருத்து
2021-06-10 03:24:05
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.3650 gram
MYR 274 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 240 (9 March 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 10 June 2021

p/s: Harga sekarang tengah sama tunggu masa samada terjun atau meroket
147 views00:24
திற / கருத்து
2021-06-10 03:17:36 10 ASAS ILMU EMAS

1. Emas adalah duit. Dinar emas telah lama dijadikan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu.

2. Emas tiada dividen. Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya.

3. Emas ada Spread value. Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa persen dari harga pembelian kita. Namun spread value mungkin jadi seolah-olah 'tiada' jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.

4. Goldbar/dinar boleh dipajak. Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak. Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri.

5. Pastikan ada matlamat simpan emas. Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 3-5 tahun keatas.

6. Barang kemas tidak sesuai untuk simpanan. Ini kerana susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi kerana caj upahnya yang tinggi. Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.

7. Tidak perlu tukarkan semua duit kepada emas. Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita.

8. Masa terbaik beli emas ialah SEKARANG. Iaitu ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.

9. Masa terbaik jual emas ialah apabila perlukan duit. Tidak kiralah ketika itu harga emas turun atau naik. Jika kita rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun ketika kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir adalah lebih rugi kita tidak menyimpan emas kerana belum tentu kita mampu menyimpan duit sebanyak mana kita menyimpan emas.

10. Jangan pajak emas di bank untuk elak CTOS dan CCRIS. Ia akan menyukarkan kira untuk membuat apa² pinjaman bank pada masa akan datang jika sudah ada rekod nama kita dalam CTOS dan CCRIS.

Mudahan kita semua faham asas ini dengan jelas.

Sharing is caring...
139 views00:17
திற / கருத்து
2021-06-10 03:15:05
103 views00:15
திற / கருத்து
2021-06-01 12:15:19
Harga di GAP hari ini RM276 sahaja untuk 1 gram.

Tetapi kalau 1 gram pun rasa banyak, boleh simpan sekurang-kurangnya RM100 dalam emas.

Yang penting kena mula. Simpan, dan tutup mata. Jangan pandang tengok dah.

Nak mulakan simpanan emas hari ini, boleh WhatsApp saya di bawah.

=> wasap.my/60195100605/nakMulaSimpanEmas
175 views09:15
திற / கருத்து
2021-06-01 12:05:27
Harga emas semasa adalah RM276.

Kalau kekal sehingga tengah malam nanti, harga emas GAP akan jadi RM277 segram bersamaan dengan harga emas tertinggi pada tahun ini.
132 views09:05
திற / கருத்து
2021-06-01 06:03:15 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera di dalam tempoh PKP 3.0.

Sedikit perkongsian berkenaan emas. Semoga bermanfaat kepada semua.

Emas dimiliki oleh pemilik sepenuhnya

1. Seorang pakar kewangan, Azizi Ali dalam bukunya Masa Untuk Emas, sebut emas 'stand alone', tidak terikat dengan sesiapa.

2. Semua aset akan terikat kepada sesuatu, seseorang atau beberapa sistem.

3. Sebagai contoh, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. Bon terikat kepada prestasi penerbitnya. Bahkan wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan.

4. Tetapi emas berdiri sendiri kerana tidak terikat kepada aset kewangan Iain. la tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem. Jadi ia adalah wang dalam dirinya sendiri

5. Emas tidak perlu sebarang Iaporan atau geran pegangan. Jadi, jika anda tidak memberitahu, tak seorang pun akan tahu berapa banyak atau adakah anda mempunyai emas.

6. Emas dapat dimiliki sepenuhnya dalam erti sebenarnya. lni tidak berlaku dengan beberapa pelaburan seperti hartanah.

7. Anda mungkin ingat anda memiliki hartanah, tapi cuba anda tidak bayar cukai tanah untuk beberapa tahun, dan anda akan dapati siapa sebenarnya yang memiliki hartanah itu. Iaitu Kerajaan!

Sharing is caring...
132 views03:03
திற / கருத்து
2021-06-01 05:57:03
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.3623 gram
MYR 276 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 240 (9 March 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 1 June 2021
122 views02:57
திற / கருத்து
2021-05-25 03:47:26 Emas Kalau kita tengok di mana-mana kedai emas, memang penuh dan beratur panjang yang nak membeli emas. Apatah lagi bila dengar harga turun, berduyun-duyun mak ke kedai dan tengok mana yang berkenan di hati.

Namun, ada juga yang rasa tidak puas hati, bukan apa, saban hari dengar harga turun dan mulalah risau takut rugi pula beli masa itu. Sedangkan tiap-tiap hari dengar harga emas turun. Kalau dibeli sekarang, nanti esok lagi murah. Rugi pula.

Sebenarnya, mak-mak tak perlu rasa rugi atau takut, bila dengar hari ini harganya turun terus beli, lepas itu menyesal bila dengar esoknya turun lagi.

Perkongsian daripada Nur Zulaikha ini ada benarnya. Tak perlu takut harga makin turun, boleh saja beli sebab rahsia orang banyak emas bukan hanya tunggu harga turun tapi belilah secara konsisten bila ada duit.

HARGA TURUN, RUGI TAK BELI

Ada orang bertanyakan tentang hal ini terutamanya bila dengar nilai emas tiap-tiap hari turun.

“Saya nak beli emas tapi takut harga turun lagi. Macam mana ya?

Jawapan:
Bagi saya, kembali kepada asas. Beli emas masa ada duit, bukan tunggu harga turun. Turun naik harga ni kita pun tak tahu.

Macam hidup kita jugalah, masa terbaik yang kita ada adalah hari ini. Esok belum pasti.

Harga emas 999.9 RM272 per gram hari ini – INI PASTI.

Malah, emas turun lagi ke paras RM200 per gram - INI BELUM PASTI!

Selain itu, kita ada konsep pemurataan harga.

Jumlah dibayar / jumlah gram yang kita ada = harga purata kita.

Kita juga boleh leverage atau rendahkan risiko dengan beli sedikit demi sedikit.

Jika nak beli 100 gram, boleh beli 20 gram dulu, dua hari lagi, beli 20 gram, lepas tu 20 gram lagi. Sampai cukup 100 gram.

Jika nak beli 1000 gram, boleh beli 100 gram dulu, esok beli lagi 100 gram dan seterusnya.

RAHSIA ORANG BANYAK EMAS

Buat beginilah. Setakat yang saya temui, orang yang ada banyak emas, rahsianya adalah mereka bermula dan mereka konsisten.

Tak ada rahsia lain! Hidup kita pun ada risiko, selalu penuh dengan risiko. Nak berjalan masuk bilik air pun ada risiko. Bila nak turun tangga ada risiko. Nak bawa kereta pun ada risiko dan nak pergi kerja ada risiko.

Jika asyik nak fikir risiko, kita takkan ke mana-mana.

Ambillah risiko yang kita boleh tanggung, setakat kita mampu tanggung. Bukanlah percaturan berjuta ringgit. Ini juga bukan perjudian nasib.

Emas fizikal ini kita kena tahu, jika harga turun sekali pun emasnya di tangan kita dan GRAM kita sedikit pun tidak berkurang!
186 views00:47
திற / கருத்து
2021-05-25 03:46:34
128 views00:46
திற / கருத்து