Get Mystery Box with random crypto!

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

டெலிகிராம் சேனலின் சின்னம் amanpalestinberhad — Aman Palestin Berhad 🇵🇸 A
டெலிகிராம் சேனலின் சின்னம் amanpalestinberhad — Aman Palestin Berhad 🇵🇸
சேனல் முகவரி: @amanpalestinberhad
வகைகள்: அரசியல் , செய்தி
மொழி: தமிழ்
சந்தாதாரர்கள்: 26.75K
சேனலில் இருந்து விளக்கம்

Telegram Rasmi Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, liputan setiap minit Palestin sehingga ia bebas!
Sebarkan: https://t.me/AMANPALESTINBERHAD
#SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin

Ratings & Reviews

4.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


சமீபத்திய செய்திகள் 11

2023-04-17 02:59:56
385 views23:59
திற / கருத்து
2023-04-17 01:59:56 #berita | 'TERIMA KASIH MALAYSIA'

ATMEH: "Terima kasih (rakyat) Malaysia," itu kata-kata yang sentiasa diucapkan pelarian setiap kali sukarelawan menyantuni mereka di kem pelarian dalaman (IDP) di sini.

Bantuan daripada dermawan Malaysia menerusi Aman Palestin memberi kelegaan kepada pelarian perang yang terbelenggu dengan kemiskinan akibat kesukaran memperoleh pekerjaan tetap.

Berita penuh di:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1090520/terima-kasih-malaysia

#AmanPalestin
#MisiRamadanSyria
465 views22:59
திற / கருத்து
2023-04-16 16:59:56 #berita | 'GAJI PENGAWAL KESELAMATAN LEBIH TINGGI BERBANDING GURU'

ATMEH: Lebih 80 guru Sekolah Perkampungan Ataa Humanitarian Relief Association (ATAA) di sini, berdepan dilema antara tanggungjawab dan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan gaji diterima jauh lebih rendah berbanding pengawal keselamatan.

Berikutan itu, guru di sekolah pelarian berkenaan menuntut kenaikan gaji yang tidak dibuat pelarasan sejak 2017. Mereka pernah menikmati gaji lebih tinggi pada awal penubuhan sekolah sebelum ia dikurangkan.

Berita penuh di:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1090438/gaji-pengawal-keselamatan-lebih-tinggi-berbanding-guru

#AmanPalestin
#MisiRamadanSyria
646 views13:59
திற / கருத்து
2023-04-16 16:29:56
#MisiRamadanSyria | KENIKMATAN JUADAH IFTAR DIKONGSI BERSAMA PENDUDUK KEM IWA' ANNUR

Alhamdulillah, tidak ketinggalan usaha Aman Palestin mengagihkan dan berkongsi kenikmatan juadah iftar dengan penduduk kem Iwa' Annur yang juga dihuni oleh pelarian Syria. Sebanyak 137 keluarga merasai kenikmatan daripada agihan juadah iftar hasil daripada kempen Ramadan Bersamamu anjuran Aman Palestin.

Jangan berhenti membantu mereka yang memerlukan. Mungkin saja bantuan kita itu telah menyelamatkan satu nyawa yang ketika itu memerlukan makanan yang cukup untuk teruskan hidup.

TERUS INFAQ UNTUK IMARAH

============

RAMADAN BERSAMAMU
bit.ly/RamadanBersamamu
44 views13:29
திற / கருத்து
2023-04-16 15:59:56
#MisiRamadanSyria | JUADAH IFTAR PENYERI WAKTU BERBUKA PUASA PENDUDUK KEM MAKUM TUSYRIK HAYT

Alhamdulillah, turut menerima manfaat bagi juadah iftar yang diagihkan oleh tim misi Aman Palestin adalah penduduk Kem Makum Tusyrik Hayt. Sebanyak 113 keluarga merasai kenikmatan juadah iftar hasil daripada sumbangan masyarakat melalui Aman Palestin.

Terima kasih para penyumbang. Dengan pemberian anda semua, mereka mampu merasai sedikit kekenyangan.

TERUS INFAQ UNTUK IMARAH

============

RAMADAN BERSAMAMU
bit.ly/RamadanBersamamu
99 views12:59
திற / கருத்து
2023-04-16 15:29:57
#MisiRamadanSyria | JUADAH IFTAR MENGALAS PERUT PENDUDUK KEM JABIR ATHARAT KIRAM

Alhamdulillah, penduduk kem Jabir Atharat Kiram merupakan antara kem yang mendapat manfaat daripada agihan makanan iftar sempena kempen Ramadan Bersamamu Aman Palestin.

Sebanyak 124 keluarga mendapat manfaat daripada agihan ini dan setiap keluarga mendapat sebungkus juadah iftar untuk dikongsi bersama keluarga.

TERUS INFAQ UNTUK IMARAH

============

RAMADAN BERSAMAMU
bit.ly/RamadanBersamamu
132 views12:29
திற / கருத்து
2023-04-16 15:01:48 #MisiRamadanSyria | 3 HARI DI JANDIRIS, AMAN PALESTIN BERI MANFAAT KEPADA 1925 BUAH KELUARGA

Misi sukarelawan Aman Palestin pada kali ini menfokuskan bantuan bagi pelarian dalam Syria dan mangsa gempa bumi yang berada di utara Syria bagi meringankan beban mereka agar Ramadan pada tahun ini dapat dijalani dengan penuh makna.

3 hari kami berada di Jandiris, Syria, Alhamdulillah pelbagai bentuk bantuan telah berjaya kami berikan merangkumi perkara yang amat perlukan pada ketika ini.

Kami telah mengagihkan sebanyak 250 kotak makanan kepada 3 buah kem, 1200 makanan iftar kepada 6 buah kem, 'mobile clinic' yang memberikan manfaat kepada 150 orang pesakit yang menetap di kem-kem sekitar Janderes. Selain itu, seramai 43 orang guru di Sekolah Aman Palestin di Jarablus, 7 orang kaki tangan awam, serta 175 buah keluarga telah menerima bantuan kewanganan dari Aman Palestin.

Di Al-Bab, sebuah projek pembinaan masjid dibawah tajaan Aman Palestin akan bermula pembinaannya bermula sejurus selapas raya Eidil Fitri yang bakal memberi manfaat kepada 1000 buah keluarga di perkampungan Ataa'.

Aman Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dari Malaysia, Indonesia dan seluruh nusantara atas kepercayaan dan sokongan penuh kepada Aman Palestin. Hasil sumbangan anda telah berjaya memberikan manfaat kepada 1925 buah keluarga di sini.

Misi diteruskan dengan agihan bantuan di sekitar Atma, Idlib, Syria. Doakan segala urusan misi Aman Palestin di sini dipermudahkan

USTAZ ISMAIL MUHAMMAD JUFFRI
Ketua Misi Ramadan Bersamamu Syria 2023

#AmanPalestin
#RamadanBersamamu
130 views12:01
திற / கருத்து
2023-04-16 14:59:56
120 views11:59
திற / கருத்து
2023-04-16 14:29:56
#MisiRamadanSyria | LAWATAN AMAN PALESTIN DAN I-MEDIK KE KLINIK MATA SARMADA, IDLIB

Kunjungan Aman Palestin dan I-Medik ke Klinik Mata Sarmada, Idlib membuka mata kami peserta misi untuk lebih memahami keperluan buat penduduk di sana. Sememangnya mereka di sana memerlukan teknologi dan bekalan perubatan yang terkini demi kelangsungan penduduk di sana.

#AmanPalestin
#MisiRamadanSyria
143 views11:29
திற / கருத்து
2023-04-16 14:14:57
#sharingramadan | SIFAT MAHMUDAH

Kita boleh pilih siapa kita nak jadi. Kalau nak jadi orang baik, kita buat baik, kalau nak jadi orang yang cintakan dunia, risau kita semakin jauh daripada Allah SWT.

Jom jadi baik!

#AmanPalestin
#RamadanBersamamu
142 views11:14
திற / கருத்து