Get Mystery Box with random crypto!

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

டெலிகிராம் சேனலின் சின்னம் amanpalestinberhad — Aman Palestin Berhad 🇵🇸 A
டெலிகிராம் சேனலின் சின்னம் amanpalestinberhad — Aman Palestin Berhad 🇵🇸
சேனல் முகவரி: @amanpalestinberhad
வகைகள்: அரசியல் , செய்தி
மொழி: தமிழ்
சந்தாதாரர்கள்: 26.75K
சேனலில் இருந்து விளக்கம்

Telegram Rasmi Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, liputan setiap minit Palestin sehingga ia bebas!
Sebarkan: https://t.me/AMANPALESTINBERHAD
#SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin

Ratings & Reviews

4.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


சமீபத்திய செய்திகள் 13

2023-04-13 10:10:07
#bernamaradio | 10 AKHIR RAMADAN MANFAAT BUAT INSAN PEMURAH

Ayuh bersama-sama Aman Palestin dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat mengenai penghayatan di bulan Ramadan bersama BERNAMA Radio dan Aman Palestin!

===================

Perkongisan akan disampaikan oleh:

EN. MOHD HANIF MOHD SHAIDI
Pengurus Aman Palestin Shah Alam

Tarikh: 13 April 2023
masa: 5.15 petang
Siaran: BERNAMA RADIO

===================

BANGKIT · BERJUANG · BERSAMA

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#BangkitBerjuangBersama
483 views07:10
திற / கருத்து
2023-04-13 07:31:29
Misi sukarelawan Aman Palestin ke Syria hari ini agihkan bantuan kotak makanan di Janderes.

"Bantulah kami!. Kami sudah lama tak terima bantuan." luahan seorang ibu tunggal yang tinggal di kem mangsa gempa bumi di sini.

Sudahlah diuji dengan gempa, terpaksa pula jalani Ramadan dengan serba kekurangan.

Link: https://vt.tiktok.com/ZS8nTA6Ho/

#misisukarelawan
#ramadan
#gempabumi
#syria
552 viewsedited  04:31
திற / கருத்து
2023-04-13 05:33:37 #MisiRamadanSyria | KUNJUNGAN HORMAT PASUKAN I-MEDIK KE KLINIK KESIHATAN (KK) DAERAH JINDIRES, SYRIA

Ketibaan kami disambut dengan penuh kemesraan oleh Pengarah KK, Dr Usamah (Pakar Perubatan Keluarga) dan Timbalan Pengarah Klinikal, Dr Hassan (Pakar Ortopedik). Kami dibawa meninjau kawasan dan aktiviti di klinik. Terdapat klinik kecemasan & am serta klinik ibu & anak. Apa yang menarik adalah klinik ini juga mempunyai perkhidmatan psikiatri. Majoriti pesakit klinik psikiatri ini ialah mereka yang mengidap post traumatic stress disorder (PTSD) pasca gempa. Klinik ini juga dilengkapi dengan makmal diagnostik asas serta pendaftaran pesakit atas talian.

Klinik yang ditaja oleh NGO Dünya Doktorları Derneği (DDD) ini menerima kunjungan pesakit sekitar 400 ke 500 pesakit sehari. Namun, bilangan tersebut berkurangan 50% pasca gempa. Ini adalah kerana wujudnya inisiatif klinik bergerak yang pergi ke tapak-tapak perkhemahan untuk menyampaikan servis kesihatan. Terdapat 8 klinik bergerak yang beroperasi sekitar Jindires tajaan beberapa NGO. Namun, jumlah klinik bergerak ini masih belum mencukupi untuk memberi servis kesihatan yang optimum kepada penduduk perkhemahan. Dikhabarkan, seramai 4 orang staff kesihatan KK Jindires ini meninggal dunia akibat daripada musibah gempa. Kini, majoriti Doktor dan staff kesihatan tinggal di tapak-tapak perkhemahan. Secara amnya, lebih 80% penduduk Jindires kini menetap di tapak perkhemahan dan trauma untuk tinggal di dalam bangunan.

Dr Usamah menyatakan kerisauan akan penularan wabak cholera dan polio pada musim panas akan datang. Ini adalah kerana, tahap kebersihan, sumber air bersih, sistem pelupusan sisa masih lagi suboptimal di majoriti tapak perkhemahan. Kurangnya kesedaran penduduk untuk mengambil vaksin juga meningkatkan risiko untuk berlakunya wabak ini. Dr Usamah juga menyatakan hasrat sekiranya bantuan dapat diberikan untuk memperbaiki sistem kebersihan dan mewujudkan bekalan air bersih yang berterusan di tapak perkhemahan supaya wabak cholera/polio dapat dibendung daripada berlaku.

Dr. Ikmal Kamil
Peserta Misi Sukarelawan Ramadan dan Bantuan Gempa Bumi Syria 2023

#AmanPalestin
#RamadanBersamamu
165 views02:33
திற / கருத்து
2023-04-13 05:33:35
130 views02:33
திற / கருத்து
2023-04-13 04:30:30 #berita | 40,000 PELARIAN BAKAL TERIMA MANFAAT PROJEK AIR TERAWAT

JARABULUS: Masalah kekurangan air bersih yang menjejaskan rutin harian 2,200 keluarga pelarian dalaman (IDP) dan penduduk sekitar di sini sejak sekian lama dijangka selesai dengan siapnya projek paip air sepanjang 2.5 kilometer (km) dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi.

Projek bernilai AS$659,000 (RM2.9 juta) akan membolehkan air Sungai Furat disalurkan ke kawasan penempatan penduduk dan memberi manfaat kepada 40,000 pengguna.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1088960/40000-pelarian-bakal-terima-manfaat-projek-air-terawat

#AmanPalestin
#RamadanBersamamu
237 views01:30
திற / கருத்து
2023-04-13 04:01:01 #MisiRamadanSyria | HARI KETIGA - LUAHAN HATI SEORANG NENEK DI SYRIA

Hari ini kami bergerak ke Kem Tahtal-Tal. Rupa Kem ini berbeza dengan kem semalam. Kurang teratur, nampak seolah-olah agak terabai. Apabila klinik berlabuh, ramai penduduk yang datang mengerumuni klinik tersebut, kebanyakan pelanggan kami hari ini merupakan makcik2 dan pakcik yang agak berumur. Dari sudut pemakaian dan lenggok percakapan kemungkinan mereka merupakan golongan badawi Syria. Alhamdulillah tiada masalah serius di kalangan mereka. Kebanyakannya inginkan ubat untuk masalah sendi dan tekanan darah. Kelibat kanak-kanak ceria sekitar kem tersebut.

Setelah selesai klinik, kami melawat sekitar kem untuk mendapatkan gambaran. Banyak khemah-khemah yang terpacak merupakan khemah "random". Ramai rupanya yang berpindah ke khemah kerana "phobia" dan anxiety apabila berada dalam bangunan seperti rumah. Mereka terus membayangkan situasi gempa bumi yang dahsyat sehingga tidak dapat melelapkan mata terutama kanak-kanak.

Selesai klinik kami melawat sekitar kem dan mendapati ada keluarga yang baru sahaja mula mendirikan khemah mereka di sana. kem Tahtal-Tal mempunyai ramai pelarian dalaman akibat banjir dan gempa. Lebih kurang 1000 mangsa, ada yang berdaftar dan ramai juga yang tidak berdaftar.

Tiba-tina seorang nak kecil memanggil saya untuk pergi ke khemahnya. Rupa2nya neneknya ridak berkesempatan untuk datang ke klinik bergerak kami tadi sebelum ianya tutup. Neneknya menghadapi masalah liver cirrhosis iaitu masalah organ hati yang tidak berfungsi secara normal akibat parut. Kini perutnya membusung dan beliau memerlukan rawatan untuk mengurangkan air di dalam perutnya. Keadaannya agak stabil, cuma kelihatan kurang selesa kerana perut yang membesar.

Hakikatnya beliau memerlukan prosedur ringkas untuk mengeluarkan air dari perutnya, namun ianya tidak dapat kami berikan kerana klinik tersebut hanya mempunyai ruang untuk ubat2an. Tiada ruang untuk pesakit menjalani prosedur di samping tiada alatan yang sesuai.

Saya meluahkan rasa hampa kerana tidak dapat memberikan rawatan yang sepatutnya kepadanya. Saya memonta beliau ke pusat kesihatan yang tidak begitu jauh dari kem dan memberikan preskripsi ubat yang boleh mengurangkan air dalam perut.

Beliau menerima dengan hati yang terbuka dan pasrah. Hakikatnya semenjak ketidakstabilan yang berlaku di bumi Syria, beliau tidak dapat menjalani rawatan yang sepatutnya untuk hati beliau. Sambil mengukir senyuman, beliau mendoakan kami, dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..

Klinik bergerak di sini sangat membantu pesakit-pesakit luar dari sudut lojistik. Namun masih banyak limitasi yang dihadapi oleh kedua-dua pesakit dan provider. Pergolakan yang belum menampakkan bibit2 penyelesaian membuatkan kita tertanya2 nasib rakyat Syria..

Dr. Fatimah Z Rosli
Peserta Misi Sukarelawan Ramadan dan Bantuan Gempa Bumi Syria 2023

#AmanPalestin
#RamadanBersamamu
231 views01:01
திற / கருத்து
2023-04-13 04:00:54
193 views01:00
திற / கருத்து
2023-04-13 03:30:00
#MisiRamadanSyria | RANAP SEKELIP MATA

Ketika menyertai dua klinik bergerak di perkhemahan pelarian dalaman (IDP) kawasan Jindires, Syria, kami berkesempatan menemu bual seorang penduduk tempatan, Muhammad AN-Niksan, berusia 28 tahun, yang juga merupakan pekerja am kesihatan.

Sungguh pilu melihat keadaan runtuhan bangunan yang mengorbankan begitu banyak nyawa dalam gempa bumi bulan lalu. Dalam kesedihan, Muhammad bersyukur kerana ahli keluarganya yang berada di dalam bangunan terselamat daripada kejadian yang tidak diingini.

Menurutnya, dalam gegaran kuat itu, sekelip mata, bangunan di sekeliling termasuk kediaman serta hospital wanita dan kanak-kanak ranap hingga meragut nyawa penduduk setempat yang tidak sempat menyelamatkan diri.

Kini, mereka berada di penempatan sementara untuk berlindung dari cuaca sejuk dan juga mendapatkan rawatan.

Mohamad Hairi Abdul Jamil
Peserta Misi Sukarelawan Ramadan dan Bantuan Gempa Bumi Syria 2023

#AmanPalestin
#RamadanBersamamu
264 views00:30
திற / கருத்து
2023-04-13 03:00:00
#MisiRamadanSyria | AGIHAN TAJAAN IFTAR DI KEM ZIARAH HANAN

Alhamdulillah, tim Misi Aman Palestin ke Syria ketika ini telah berjaya tiba di Kem Ziarah Hanan dan melaksanakan agihan tajaan iftar yang berupa makanan panas sebagai juadah berbuka puasa pada 11 April 2023.

Sebanyak 152 pek makanan iftar disediakan untuk 152 buah keluarga sebagai satu kebahagiaan mereka di sana dalam menyambut waktu berbuka puasa.

TERUS INFAQ UNTUK IMARAH

============

RAMADAN BERSAMAMU
bit.ly/RamadanBersamamu
277 views00:00
திற / கருத்து
2023-04-11 12:59:59 #sharingramadan | MENGENANG KESYAHIDAN YAHYA AYYASH, PEJUANG PEMBEBASAN PALESTIN

“Aku bernazar kepada Allah bahawa diriku adalah untuk Allah, kemudian untuk agama Islam. Maka tidak ada pilihan bagiku kecuali kemenangan atau mati syahid, kerana perang melawan Israel itu harus berterusan sampai semua orang Yahudi keluar dari setiap jengkal tanah Palestin.” ( Yahya Ayyash)

Pada hari ini 5 Januari 2019 genaplah 23 tahun pemergian As Syahid Yahya Ayyash. Beliau merupakan individu utama di sebalik operasi syahid yang dilakukan oleh rakyat Palestin ke atas tentera rejim zionis Israel. Beliau juga merupakan angggota setia Hamas dan pemimpin Briged Al Qassam Cawangan Tebing Barat sehingga tahun 1996 dengan memberi sumbangan kepakaran dalam membuat bahan letupan daripada bahan-bahan mentah yang mudah didapati di Palestin. Beliau turut digelar “The Engineer” (Al-Muhandis dalam bahasa Arab) kerana mahir dalam teknik pembuatan bom berani mati dalam konflik Palestin-Israel. Beliau ialah orang yang bertanggungjawab dalam teknik "bom syahid" dalam peperangan menentang rejim zionis.

Yahya Ayyash merupakan dalam kalangan individu yang menjadi senarai "most-wanted" rejim zionis. Beliau diburu oleh rejim zionis yang mengakibatkan beliau hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya daripada rejim zionis, tempoh tersebut digunakan untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yang boleh didapati di bumi Palestin.

Peristiwa pembunuhan Yahya Ayyash pada 5 Januari 1996 bermula apabila beliau bersembunyi di rumah sahabatnya Usamah Hammad. Bapa saudara Usamah yang dikenali sebagai Kamal Hamad telah mengetahui keberadaan beliau di rumah Usamah. Disebabkan wang dan harta, Kamal Hammad telah bersekongkol dengan ejen Shin Beit untuk membantu mereka membunuh Yahya Ayyash. Ejen Shin Beit telah memberikan Kamal sebuah telefon yang telah dipasang pepijat bagi mendengar perbualan Yahya Ayyash. Kamal telah menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada Usamah kerana beliau sedia maklum bahawa Yahya biasa menggunakan telefon bimbit anak saudaranya. Ketika Yahya sedang menghubungi ayahnya, perbualan tersebut telah dikesan oleh Shin Beit yang akhirnya meletupkan telefon tersebut dari jauh . Letupan tersebut telah menghancurkan kepalanya mengakibatkan beliau syahid. Menurut sumber, kematian Yahya Ayyash telah didalangi oleh Agensi Keselamatan Israel(Shin Beit) dengan kerjasama bapa saudara Osama iaitu Kamal Hamad.

Ketika itu, Yahya Ayyash telah meninggalkan isterinya yang sedang hamil dan mengikut perancangan beliau, hari pembunuhannya adalah hari untuk bertemu dengan keluarganya setelah sekian lama bersembunyi daripada tentera rejim zionis.

Dengan kematian Yahya Ayyash tentera zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap setiap rancangan mereka, namun kematian Yahya Ayyash telah melahirkan beribu-ribu Yahya Ayyash untuk menentang kemaraan zionis Israel. Kematian beliau telah menguatkan semangat jihad umat Islam Palestin kerana kekuatan umat Islam bukan sekadar terletak kepada ketua tetapi bergantung kepada kekuatan iman dan takwa.

Sumber:
- Buku Perjalanan Meminang Bidadari (Kisah Luar Biasa 10 tokoh Syahid Moden
- Qassam.ps
- Wikipedia Yahya Ayyash

#AmanPalestin
707 views09:59
திற / கருத்து