Get Mystery Box with random crypto!

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

டெலிகிராம் சேனலின் சின்னம் amanpalestinberhad — Aman Palestin Berhad 🇵🇸 A
டெலிகிராம் சேனலின் சின்னம் amanpalestinberhad — Aman Palestin Berhad 🇵🇸
சேனல் முகவரி: @amanpalestinberhad
வகைகள்: அரசியல் , செய்தி
மொழி: தமிழ்
சந்தாதாரர்கள்: 18.81K
சேனலில் இருந்து விளக்கம்

Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran Telegram Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, setiap minit kami cuba mendapatkan info yang Pantas dan Mutakhir.
#SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin

Ratings & Reviews

4.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


சமீபத்திய செய்திகள் 2

2023-07-07 05:59:57
#misikorbanlubnan | MISI DEMI KASIH DAN KESATUAN

Alhamdulillah, saya rasa sangat bertuah dapat menjejakkan kaki ke Lubnan untuk menyampaikan sendiri bantuan kepada Pelarian Syria di Lubnan ini, dalam masa yang sama, saya juga merasa sedih kerana kami tidak mampu menyampaikan sumbangan kepada semua Pelarian Syria ini kerana sumbangan yang kami bawa sedikit berbanding jumlah bakal penerimanya ramai.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia dan seluruh dunia tampil menghulurkan bantuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh Pelarian Syria ini.

Ustaz Mohd Salmi Mohamed
Ketua Misi Ibadah Korban Aman Palestin ke Lubnan (Pelarian Syria) 2023

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#BangkitBerjuangBersama
399 views02:59
திற / கருத்து
2023-07-02 15:31:04 #misikorbanlubnan | KEINDAHAN AKKAR YANG DIANAK-TIRIKAN LUBNAN

30 Jun 2023 , kami berkesempatan ke Akkar iaitu satu wilayah terpencil yang terletak di sebelah Utara Lubnan. Dalam perjalanan yang memakan masa sekitar 3 jam tersebut kami melalui keadaan jalan raya yang tidak sekata, bersimpang-siur dan berbukit-bukit. Walaupun keadaan jalan yang agak teruk tetapi di kiri kanan kami disajikan dengan permandangan yang sangat indah dan terdapat bangunan-bangunan bersejarah tinggalan Kerajaan Uthmaniyah. SubhanaAllah sungguh indah panorama alam ciptaan Allah S.W.T sehinggakan tidak terasa perjalanan yang makan masa berjam-jam sehinggalah sampai ke destinasi.

Sebaik saja tiba di Akkar, kami singgah dahulu di lokasi penyelembelihan korban. Sudah tiga hari berturut-turut saya menyaksikan proses penyelembelihan di depan mata sendiri. Suatu pengalaman yang jarang-jarang saya dapat rasai ketika berada di Malaysia kerana kebiasaannya saya hanya menunggu di rumah dan menerima daging korban yang diagihkan. Walaupun bau darah lembu yang agak meloyakan tekak tetapi disitulah kita belajar erti pengorbanan.

Kawasan agihan kali ini terletak di kem-kem pelarian Syria yang terletak di Mhamra. Saya difahamkan Mhamra merupakan tempat paling termiskin di Lubnan. Mengikut sejarah yang diberitahu oleh Saudara Omar yang membawa kami kesini, Mhamra diberi nama sempena nama Datuk Bandar dan isteri Datuk Bandar tersebut merupakan cucu kepada Izzudin Al-Qassam iaitu Pejuang Palestin. Alhamdulilah sebanyak 360 bungkus daging korban berjaya diedarkan di kem-kem terpilih dan jumlah penerima adalah sebanyak 1800 orang.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang telah berkongsi rezeki dalam kempen Ibadah Korban Di Bumi Anbia bersama Aman Palestin. Untuk makluman, penyertaan untuk Sedekah Korban bersama Aman Palestin masih dibuka lagi khusus untuk pengagihan daging korban di Lubnan.

Zuraidah Kassim
Peserta Misi Ibadah Korban Aman Palestin ke Lubnan (Pelarian Syria)

#AmanPalestin
736 views12:31
திற / கருத்து
2023-07-02 15:31:01
605 views12:31
திற / கருத்து
2023-07-02 09:08:39 #MisiKorbanLubnan | AKKAR, DAERAH TERMISKIN YANG DIABAIKAN.

Perjalanan ke bumi Akkar mengambil masa tidak kurang 3 jam dari tempat penginapan kami di wilayah Chtoura, Bekaa. Akkar terletak di utara Lubnan dan Lautan Mediterranean merupakan pemisah sempadan barat. Geografi nya yang berbukit yang berhampiran dengan persempadanan negara Syria telah menangkap mata kami. Disamping, kehidupan ekonomi mereka yang utama adalah pertanian, yang kebanyakkannya adalah penanaman buah zaitun dan pertanian yang lain.

Majoriti penduduk Akkar, beragama Islam Sunni dan Akkar merupakan wilayah termiskin di Lubnan dan mengalami kekurangan infrastruktur dan perkhidmatan asas. Kemasukan pelarian Syria baru-baru ini telah memburukkan lagi masalah ini.

Alhamdulillah, perjalanan yang agak lama, merentasi beberapa wilayah utama di Lubnan, tidak mematahkan semangat kami untuk terus bekerja. Persinggahan pertama kami seusai sampai di Akkar, adalah melawat proses penyembelihan. Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan. Pengagihan kami bermula pada jam 2.00 petang dan diagihkan di 3 kem utama di sekitar Mhamra. Antaranya adalah Kem Abu Safa, Kem Bakhas dan Kem Abu Ghasan. Sebanyak 360 bungkusan daging telah diagihkan dengan anggaran seramai 1800 penerima manfaat, dari 360 buah keluarga.

Informasi tambahan, berdasarkan kajian dari The Tahrir Instirute For Middle East Policy, kejatuhan nilai matawang Lubnan sehingga 93% di pasaran pertukaran wang adalah impak dari krisis kewangan Lubnan dan seterusnya meletakkan pelarian Syria dalam kondisi yang teruk. Buruh kanak-kanak dalam kalangan pelarian Syria di Lubnan meningkat lebih dua kali ganda pada 2021 daripada 2019. Sumber, https://timep.org/2022/07/27/improving-the-education-of-syrian-refugees-in-akkar/ .

Nabilah Ibrahim
Peserta Misi Ibadah Korban Aman Palestin ke Lubnan (Pelarian Syria)

#AmanPalestin
760 views06:08
திற / கருத்து
2023-07-02 09:08:35
531 views06:08
திற / கருத்து
2023-07-02 05:31:17
#sketsa | Demi amanah daripada para penyumbang, kami gigihkan diri untuk pastikan pelaksanaan ibadah korban sejuk beku di Brazil berjalan dengan lancar!

#AmanPalestin
553 views02:31
திற / கருத்து
2023-07-02 05:16:11
Alhamdulillah sedikit bekalan daging korban kita berikan kepada penduduk kem pelarian Palestin di Sour, Lubnan. Kawasannya dilihat agak tidak sesuai untuk didiami tetapi inilah cabaran hidup mereka di sana.

#AmanPalestin
510 views02:16
திற / கருத்து
2023-07-02 05:15:19
sekitar agihan daging korban buat warga pelarian Palestin di Lubnan!

#AmanPalestin
495 views02:15
திற / கருத்து
2023-07-02 05:13:23
Ini adalah lembu yang telah dipilih untuk dilaksanakan ibadah korban dan usaha Aman Palestin memastikan haiwan korban dipilih daripada haiwan korban yang terbaik berjalan dengan lancar!

#AmanPalestin
566 views02:13
திற / கருத்து
2023-07-01 15:30:41
Sekitar kerja melapah dan membungkus daging korban untuk diagihkan kepada penduduk sekitar kem pelarian Palestin di Lubnan!

#AmanPalestin
712 views12:30
திற / கருத்து